Kempen Internet Selamat (KIS)
22 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniTempat: SMK PADAWAN
Tarikh: 21 Ogos 2025 | 10.30 A.M – 12.00 P.M
Anjuran: MCMC Cawangan Kuching bersama NADI Kluster Kuching
MCMC KCHBO terus melaksanakan usaha program Kempen Internet Selamat (KIS) dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kluster Kuching yang bertempat di SMK Padawan. Seramai 71 orang peserta terlibat. Kempen ini menyasarkan pelajar berumur 13-17 tahun dengan objektif memberi kesedaran di alam digital termasuk risiko pendedahan maklumat peribadi, pengantunan seksual dalam talian serta kemahiran mengenali maklumat palsu.
Pengisian program selama 80 minit:
• Aktiviti Pecah Ruyung – Penetapan minda yang mencetus minat
• Fakta atau Auta – Bezakan maklumat benar atau palsu
• Detektif Jejak Digital – Fahami kesan jangka Panjang pendedahan maklumat
• Red Flag – Kenali tanda-tanda awal bahaya dalam talian
Semoga murid memahami akan objektif utama yang disampaikan berkaitan keselamatan digital serta impak negatif akan penyalahgunaan internet tanpa kawalan dan juga had perkongsian di dalam penggunaan media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: